dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eSukan - Membina Mentaliti Juara Menghadapi Kemenangan & Kekalahan

11 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2026, telah berlangsung eSukan - Membina Mentaliti Juara Menghadapi Kemenangan & Kekalahan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai apa itu mentaliti juara iaitu berfikiran positif dalam semua keadaan, tidak cepat berpuas hati, berani menerima cabaran, belajar daripada setiap pengalaman dan sentiasa mahu menjadi lebih baik. Selain itu, peserta mengetahui cara menghadapi kemenangan dengan matang iaitu bersyukur atas kemenangan, menghormati pihak lawan, tidak terlalu yakin atau sombong, terus menilai prestasi sendiri dan kekalkan disiplin dan latihan. Seterusnya, peserta mengetahui mengenai kesilapan yang perlu dielakkan iaitu menyalahkan rakan sepasukan, memberi alasan tanpa muhasabah, mengalah sebelum mencuba, hilang motivasi selepas kalah dan memandang rendah pihak lawan. Akhir sekali, peserta mengetahui ciri-ciri pemain bermentaliti juara seperti konsisten dalam latihan, berdisiplin dan bertanggungjawap, menghormati semua orang, sentiasa mahu belajar dan tidak mudah berputus asa.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.